Pembukaan kedai ini bukanlah mengharapkan keuntungan sangat tetapi sekadar berkongsi minat dengan rakan-rakan yang lain. Oleh itu harga yang ditawarkan di sini bergantung dengan harga kos barang2 tersebut. Harga yang tertera di sini tidak termasuk kos pos. Pertukaran suka sama suka (barter) juga dialu-alukan.

Followers

Monday, December 21, 2009

Selamat Datang Ke Pembukaan My Little Shoppe

Pembukaan kedai siber ku ini bukanlah niat untuk bersaing dengan kedai2 siber yang telah sedia ada tetapi sekadar untuk berkongsi minat dengan rakan-rakan khasnya peminat barang-barang lama. Sayang rasanya jika terjumpa barang2 yang best tetapi dibiarkan begitu saja, mau dibeli semua takut tak muat dalam rumah pula. Pembukaan kedai ini juga bukanlah mengharapkan keuntungan sangat tetapi sekadar berkongsi minat dengan rakan-rakan yang lain.Oleh itu harga yang ditawarkan di sini bergantung dengan harga kos barang2 tersebut. Seperti mana yang kita sedia maklum ada barang yang sama tetapi dijual dengan harga yang berlainan oleh kedai2 yang berlainan. Misalnya ada kedai apek yang masih tidak tau tentang kegilaan orang ramai kepada barang2 lama akan menjual dengan harga yang sangat murah manakala yang sudah tau tentang nilai barang2 lama ini pula akan menetapkan harga yang tinggi malah yang sudah pecah atau sumbing pun dijual dengan harga yang mahal. Jangankan itu penutup teko dan sugar pot pun dijual. Kepada rakan2 yang telah berjual beli dengan ku, terima kasih yang tidak terhingga kerana sokongan rakan-rakan semua membuatkan aku bersemangat untu membuka My Little Shoppe ini.

9 comments:

  1. salam ryana..akak ke pengunjung pertama..yea..nak hadiah..sekarang pukul 5.40 pagi tau...

    ReplyDelete
  2. salam ryana,

    tahniah akak ucapkan di atas pembukaan kedai siber mu. terus berusaha, insyallah akan berjaya.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azah. Tahniah kak kerana menjadi pengunjung bertuah hehe...Hadiah kena tunggu saya balik kk dulu ya...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Gee.Terima kasih.Selamat kembali ke tanah air

    ReplyDelete
  5. Salam Ryana..tahniah di atas pembukaan kedai siber ini.. kat sana tentu banyak lagi kedai apekss yg belum diteroka lagi...best kan... kat area KL Selangor ni dah habis dah...kalau ada pun harga dah mahal...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Azzah. Tq Kak.Taklah banyak sangat kak. Semenjak dua menjak ni apek2 di sini pun dah pandai mungkin sebab slalu sangat orang gi selongkar brg2 lama kat kedai diaorang tu. Ada satu kedai yg saya masuk tu teko yg dah sumbing sana sini pun dia jual mahal. Siap cakap " ini mahal ho..olang kl pun datang sini cali".

    ReplyDelete
  7. salam ryana..teruja jadi pengunjung pertama sampai lupa ucap tahniah atas pembukaan kedai siber..lepas ni kena hunting berabih lagi..syhhh jgn pengetua tgk blog kedai kita dah...hehe....

    ReplyDelete
  8. salam kak ryana..wah tahniah kak sbb akak da ada kedai cyber gak mcm kak azah..

    ReplyDelete
  9. salam ryana,
    tahniah bukak kedai siber ya...lg byk kedai lg best soping2....

    ReplyDelete