Pembukaan kedai siber ku ini bukanlah niat untuk bersaing dengan kedai2 siber yang telah sedia ada tetapi sekadar untuk berkongsi minat dengan rakan-rakan khasnya peminat barang-barang lama. Sayang rasanya jika terjumpa barang2 yang best tetapi dibiarkan begitu saja, mau dibeli semua takut tak muat dalam rumah pula. Pembukaan kedai ini juga bukanlah mengharapkan keuntungan sangat tetapi sekadar berkongsi minat dengan rakan-rakan yang lain.Oleh itu harga yang ditawarkan di sini bergantung dengan harga kos barang2 tersebut. Seperti mana yang kita sedia maklum ada barang yang sama tetapi dijual dengan harga yang berlainan oleh kedai2 yang berlainan. Misalnya ada kedai apek yang masih tidak tau tentang kegilaan orang ramai kepada barang2 lama akan menjual dengan harga yang sangat murah manakala yang sudah tau tentang nilai barang2 lama ini pula akan menetapkan harga yang tinggi malah yang sudah pecah atau sumbing pun dijual dengan harga yang mahal. Jangankan itu penutup teko dan sugar pot pun dijual.
Kepada rakan2 yang telah berjual beli dengan ku, terima kasih yang tidak terhingga kerana sokongan rakan-rakan semua membuatkan aku bersemangat untu membuka My Little Shoppe ini.